Sunday, March 22, 2009

PPPI

Salam Kepada Semua Pembaca Blog Nisa'.


PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENGAJIAN PASCA IJAZAH (PPPI)
DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KEDUA
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Permohonan adalah dipelawa kepada graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap atau pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah lanjutan di IPTA, Universiti Multimedia (MMU), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

A)CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK
i) Calon-calon yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan umum dan khusus yang ditetapkan.
ii) Mempunyai pekerjaan tetap atau berpendapatan tetap.
B) SYARAT - SYARAT UMUM:
i) Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang sedang atau memulakan pengajian dalam tahun 2009 dan 2010 sahaja.
ii) Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi calon peringkat sarjana dan 43 tahun bagi calon peringkat PhD pada tarikh memulakan pengajian.
iii) Pengajian adalah secara sepenuh masa.
iv) Pembiayaan diberikan setelah menerima surat tawaran dan mendaftar sebagai pelajar ijazah lanjutan di mana-mana IPTA dan IPTS terbabit.
v) Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja (kecuali pinjaman pelajaran atau elaun pembantu penyelidik siswazah).
vi) Tiada ikatan perjanjian dengan pihak lain.
vii) Tiada ikatan kontrak yang akan dikenakan dan pembiayaan ini tidak bermaksud untuk pemohon berkhidmat dengan pihak Kerajaan selepas tamat pengajian kelak.
C) SYARAT - SYARAT KHUSUS:
i) Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya CGPA 2.75 atau setaraf dengannya bagi pengajian peringkat sarjana dan berkelayakan sarjana yang baik bagi pengajian peringkat Ph.D.
ii) Bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA di bawah 2.75 atau setaraf, pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan akan dipertimbangkan.
D)TEMPOH TAJAAN
Ph.D - maksimum lapan (8) semester
Sarjana – maksimum empat (4) semester
Yuran akan dibayar terus kepada pihak universiti.


KAEDAH PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web KPT mulai 19 Mac 2009.

PERTANYAAN
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
UNIT BIASISWABAHAGIAN BIASISWAKEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Tel. : 03-8884 4607 / 4612 / 4669 / 4634 / 4618Faks : 03-8884 4701

0 Comments: